Tawau bukanlah destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Kalau kami minta anda berikan satu tempat menarik di Tawau, pasti anda tak dapat bagi jawapan.

Betul tak? Yang sebenarnya terdapat banyak destinasi menarik di Tawau. Jom kami kongsikan 21 tempat menarik di Tawau yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.

1. Teck Guan Cocoa Village & Cocoa Museum

Tawau sememangnya terkenal sebagai pengeluar utama koko di Malaysia. Di muzium ini ada diceritakan sejarah bagaimana Tawau menjadi pengeluar utama koko. Selain sejarah, muzium ini juga ada mempamerkan proses pengeluaran dan pengilangan koko. Anda berpeluang melihat proses penghasilan koko dari seawal dipetik sehingga menjadi coklat kegemaran ramai. Menarik kan?

Bagi pencinta coklat, anda boleh membeli pelbagai coklat di sini. Di antara yang menarik di sini ialah jem koko dan minuman koko.

2. Pasar Tanjung Tawau

Pasar Tanjung Tawau adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat antara yang terbesar di Malaysia. Memandangkan Tawau bersempadan dengan Indonesia (Sungai Nyamuk, Nunukan, Tarakan) banyak barangan dari Indonesia diperdagangkan di pasar ini. Kuih-muih dan makanan yang dipamerkan di pasar ini dipek dengan kemas. Di antaranya ialah kuih bangkit bugis (bangkek), baulu gula merah, amplang, kerepek pisang sekaki, gajus, belinju, gula merah dan lain-lain.

Pasar ikan yang menjual makanan laut dengan harga murah terletak di belakang Pasar Tanjung, sementara UTC Tawau berada di atas pasar ini.

3. Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau atau Tawau Hill Park merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi jika sampai ke Tawau. Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat. Taman Bukit Tawau adalah pusat ekoperlancongan dan menjadi habitat flora dan fauna yang unik.

4. Maliau Basin

Bagi yang sukakan aktiviti outdoor seperti jungle trekking dan bird watching, anda wajib pergi ke Meliau Basin. Di sini terdapat 12 jenis hutan. Jika anda memilih untuk berjungle trekking di sini, anda akan sampai ke puncak Air Terjun Meliau Basin yang mempunyai 7 tingkat. Pemandangannya, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anda kena pergi sendiri untuk merasainya.

5. Central Market Tawau

Central Market Tawau juga dikenali dengan nama Pasar Gantung yang menjual pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna. Kalau anda nak membeli barangan cenderamata, bolehlah shopping di sini.

6. Monumen Menara Loceng

Di antara tempat bersejarah di Tawau ialah monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Monumen di pinggir Padang Bandaran Tawau yang dahulunya terletak berhadapan dengan Pejabat Residen Inggeris yang kini tapaknya menjadi pejabat Pos 2020.

Menara loceng yang berusia lebih 100 tahun ini adalah monumen paling lama pernah wujud di Tawau dan menjadi bukti sejarah kewujudan Tawau dan pemerintahan Inggeris di Tawau sebelum kemerdekaan Sabah bersama Malaysia.

7. Tugu Peringatan Tentera Jepun

Tempat bersejarah di Sabah ini adalah kawasan perkuburan tentera Jepun yang terkorban semasa perang dunia kedua. Tugu Peringatan Tentera Jepun dan tapak perkuburan ini selalu menerima kunjungan saban tahun dari warga-warga Jepun yang mempunyai hubungan tali kekeluargaan dengan mereka yang dikebumikan di tapak perkuburan itu. Tempat ini sebenarnya menjadi bukti yang Tawau pernah menjadi sebahagian mangsa kekejaman tentera Jepun.

Mendiang Stephen Tan (pemimpin bangsa Cina di Tawau) dan Allahyarham Habib Hussein (pemimpin masyarakat Melayu di Tawau) adalah sebahagian mangsa kekejaman pemerintahan tentera Jepun. Nama-nama kedua pemimpin berjasa yang dibunuh tentera Jepun ini telah diabadikan pada dua buah jalan utama di bandar Tawau pada ketika ini.

8. Tugu Peringatan Kalabakan

Tempat bersejarah di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai monumen memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia.

9. Taman Rekreasi Air Panas Tawau

Antara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa anda sendiri.

Petak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.

Selain mandi air panas, anda juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil berhampiran yang diliputi dengan pokok kayu tropika selain pelbagai jenis bunga- bungaan yang indah. Itulah dia 11 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.

Anda juga boleh berjoging di trek joging yang disediakan dan jika terasa letih dan ingin berehat boleh singgah di lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Harga:

  • Dewasa : RM 10.00
  • Kanak-kanak : RM 5:00

10. Gunung Berapi Bombalai

Teringin nak pergi ke gunung berapi? Di Tawau pun ada. Anda boleh pergi ke Gunung Berapi Bombalai. Berkedudukan pada ketinggian 530 meter di atas paras laut, anda cuma perlu mengambil masa satu jam untuk sampai ke atas. Dari puncak gunung ini, anda akan dapat menikmati pemandangan Lautan Sulawesi dan seluruh Pekan Tawau.

NURUL KASMADILLAWATI ZAKARIA